Dari bilik editor
Pengenalan kepada "Maruah"
 


Puan Mirja Martha Brachtel @ Maryam

Maruah adalah gabungan beberapa teman yang ingin memperjuangkan nasib seorang muslimah "convert"yang telah teraniaya akibat dari pendedahan berani beliau terhadap aktiviti sesat syiah oleh seorang pensyarah warga negara Amerika di ISTAC.

Muslimah tersebut ialah Mirja Martha Brachtel @ Maryam, bekas pelajar tahun akhir Master's di ISTAC. Berumur 31 tahun, berasal dari Jerman dan telah memeluk Islam sejak sepuluh tahun lalu. Berumahtangga dengan seorang warganegara Malaysia dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Pensyarah yang telah cuba menyesatkan aqidah dan pegangan hidup beliau ialah Dr. Saiyad Nizamuddin Ahmad. Alamat: G-3-6, Blok G, Universiti Apartment, Km 17, Jln. Gombak, Gombak, Selangor. No. tel. 03- 61855763. Email: saiyad@pd.jaring.my berketurunan India, berumur 35 tahun. Pensyarah kontrak di ISTAC sejak lebih satu tahun.

Pendedahan berani beliau ke pihak atasan ISTAC, JAWI, JPM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN POLIS telah bermula sejak dari bulan Februari 2002. Bermula dari sini beliau telah menerima berbagai tekanan dari pihak pensyarah tersebut dengan kata-kata cacian, bahkan pensyarah berkenaan pernah sekali menakut-nakutkannya dengan sebilah pedang Jepun. Gelagat biadab pensyarah ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan ISTAC namun pihak ISTAC seolah-olah mentafsirkannya sebagai laporan rekaan semata-mata. Di waktu yang sama pensyarah tersebut juga telah menghantar surat permintaan kepada beliau melalui sebuah syarikat guaman bagi meningkatkan lagi tekanan ke atas beliau agar tidak mendedahkan hal ini ke pihak umum. Akhirnya beliau diberhentikan dari ISTAC dengan alasan aktiviti beliau mengganggu ketenteraman ISTAC bermula serta-merta dari 4hb. Julai 2002.

Maruah amat prihatin dengan keadaan beliau dan akan terus memperjuangkan nasibnya dengan asas:

a. Beliau dikenali sebagai seorang Muslimah yang baik dan berakhlak sejak beliau memeluk Islam sepuluh tahun lalu.
b. Beliau tidak pernah terlibat dengan mana-mana kes jenayah atau kegiatan tidak bermoral samada di Jerman mahupun di Malaysia.
c. Beliau sangat komited dengan amalan hidup Islam samada dengan keluarga mahupun dengan teman-teman di kampus.
d. Beliau tidak mempunyai saudara-mara selain dari suami, keluarga suami, saudara se Iman, pensyarah dan pelajar ISTAC di Malaysia.
e. Beliau jujur mengakui kesilapan dan bertaubat nasuha kerana telah tersesat mengikuti ajaran Syiah.
f. Beliau ikhlas di depan Direktor ISTAC dan semua staff ISTAC bahawa tindakan beliau bukan untuk merosakkan nama ISTAC atau punya niat jahat terhadap ISTAC.
g. Beliau tegas dan berani menyatakan pendirian walaupun berhadapan dengan siapa saja kerana kebenaran.
h. Beliau mendedahkan aktiviti sesat Syiah ini bagi kepentingan ummat Islam seluruhnya dan ingin menyedarkan sesiapa saja yang terlibat dengan aktiviti pensyarah berkenaan.
i. Beliau amat kecewa kerana penghormatan yang diberikan kepada pensyarah tersebut telah disalahertikan dan digunakan sebagai bahan fitnah terhadap dirinya.
j. Beliau tidak mahu pensyarah tersebut terus-menerus mempergunakan dan merosakkan nama baik ISTAC untuk kepentingan peribadi.

Beliau dengan bantuan suami telah pergi ke semua pihak yang sebelum ini laporan telah diserahkan bagi menjelaskan perkembangan tekanan yang beliau alami. Tujuan beliau hanyalah untuk menyuarakan dan mengangkat maruah dirinya sebagai seorang Muslimah "convert" yang sedang diinjak oleh pensyarahnya sendiri dan kumpulan pensyarah berkenaan. Beliau telah bertemu dengan pihak PERKIM, IKIM, TV3, Majalah Muslimah, Berita Harian, Harian Metro, Harakah, Utusan Malaysia, The Star, Bacaria dan semua pihak yang sedia membantu.

Bagi mengheret pensyarah tersebut ke pihak pengadilan beliau memerlukan beberapa saksi dari pelajar ISTAC yang pernah bersama beliau belajar dengan pensyarah tersebut tentang Syiah atau apa jua unsur ajaran Syiah yang cuba diterapkan oleh pensyarah tersebut samada dalam kuliah atau di luar kuliah. Oleh kerana beliau tidak dapat bertemu lagi dengan pelajar di ISTAC maka beliau sangat mengharapkan mereka yang turut bersimpati atau yang sanggup untuk menjadi saksi agar dapat menghubungi beliau melalui email yang tercatat di bawah.

Email: maruah786@hotmail.com

Semoga simpati kita semua diredhai Allah dan kami mengucapkan jazakumullah kepada semua pihak.

 

Editor Maruah

kembali ke laman utama