Make your own free website on Tripod.com
Email dari pengunjung lelaman

Kami telah menerima beberapa buah email dari pengunjung-pengunjung yang bersimpati dan prihatin dengan apa yang kami perjuangkan. Jika ada kesempatan dan masa, insya-Allah kami akan siarkan semuanya.

Sekiranya anda ingin memberi sokongan, pandangan atau maklumbalas, sila hantarkan email anda ke:
maruah786@hotmail.com

Semoga usaha kita ini diberkati Allah.

 

Dari: muhd nur iman ramli
(Khamis, 22 Ogos 2002 )

Assalamualaikum.

Saya mewakili Rausyenfikirs Futures Studies Network mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas di atas keberanian sahabat-sahabat MARUAH kerana pendedahan berani kes pengaruh Syiah baru-baru ini. Usaha begini adalah tidak syak lagi, merupakan suatu risiko yang agak tinggi, namun keprihatinan dan rasa tanggungjawab telah mengatasi segala kegerunan terhadap makhluk-makhluk Allah.

Pihak kami berharap agar suatu masa nanti, pihak kami dan pihak MARUAH dapat bertemu dan berbincang mengenai musibah seserius ini. Pihak kami sejak daripada awal penubuhan lagi sudah berusaha untuk menghalang fitnah Syiah ke atas saidina Muawiyyah daripada terus menjalar ke dalam jiwa para pelajar terutamanya di UIA. Dan kami menganggarkan bahawa pihak MARUAH mempunyai anggota yang arif mengenai kesesatan Syiah. Barangkali pihak sahabat juga dianggotai oleh al-Fadhil Ustaz Asri Zainal Abidin yang pada pendapat saya tidak pernah kenal lelah dalam usaha menghapuskan pengaruh ajaran sesat terutamanya Syiah di kalangan para pelajar UIA khususnya.

Untuk itu, kami mengucapkan jutaan tahniah, semoga usaha pihak MARUAH akan mendapat ganjaran pahala yang tinggi di akhirat kelak.

Email kami: muawiyyah@hotmail.com atau ustazjibril@hotmail.com.
Laman web kami: http://rausyenfikirs.tripod.com

JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

*Muhammad Nur Iman Ramli @ Muawiyyah
RAUSYENFIKIRS' ADMINISTRATION

 

Dari: dalmataksiah
(Selasa, 30 Julai 2002)

UKTIE MARYAM,
SESUNGGUHNYA ALLAH KASIHKAN KAMU, ALLAH SENTIASA MENGAWASI KAMU DAN DIBIMBINGNYA KAMU. PASTINYA ALLAH TIDAK MENSIA-SIAKAN USAHA KAMU DAN SUAMI KAMU, INSYAALLAH KAMU PASTI DITOLONGI ALLAH SELAGI KAMU SUAMI-ISTERI ISTIQAMAH DAN IKHLAS DALAM PERJUANGAN INI, SEMATA-MATA UNTUK MENCARI MARDHATILLAH.

KAMU TELAH MELAKSANAKAN SUNNAH RASULULLAH SAW, IAITU BERKATALAH BENAR MESKIPUN IANYA PAHIT.

UKTIE MARYAM, ANA RASA ANDA CUKUP BERTUAH DIKASIHI ALLAH DAN DISAYANGI OLEH SUAMI YANG TEGUH IMANNYA DAN SAYANGKAN JUGA IMAN ANTI, TAK USAH ANDA GUNDAH, ANDA SEKELUARGA AKAN DIRAHMATI ALLAH. MARILAH KITA BERDOA SEMUGA PIHAK BERWAJIB DIPIMPIN ALLAH UNTUK MENGHAPUSKAN KESESATAN DAN PENYELEWENGAN YANG BERLAKU DI ISTAC. AMIN.

 

Dari: zulkifli nuruddin
(Isnin, 29 Julai 2002)

Assalamualaikum............,

Pertama sekali, yang ingin saya ucapkan ialah, rasa simpati terhadap keluarga Encik Mustafa dan Puan Mirja Martha Brachtel @ Maryam, dengan apa yang telah menimpa keatas saudara kita itu, semoga Tuhan membalas keatas mereka yang berniat jahat dan memfitnah Puan Mirja Martha Brachtel, apa yang boleh dilakukan oleh Encik Mustafa dan Puan Maryam, hanyalah bersabar dan berdoa agar kemenangan berada di pihak yang benar.

Kalau diikut-ikutkan hati, mahu rasanya saya meludahkan muka Dr.SNA jika beliau berada di depan saya, bangsa yang tak sedarkan diri, sedarlah sikit wahai Dr. SNA oi! Ini Malaysia bukan Amerika, kalau di sana tu lantak kaulah, kami mempunyai pemimpin yang berkaliber, yang bermaruah dan yang dihormati dan yang pentingnya kami rakyat Malaysia hidup aman dan damai, di bawah pimpinanan YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad.

Orang seperti ini tidak harus dibenarkan tinggal di Malaysia, orang seperti inilah yang akan membuat kacau-bilau dan mengharu-birukan rakyat Malaysia, bagi mereka yang melindungi orang seperti Dr.SNA ini harus diibaratkan seperti harapkan sokong, sokong membawah rebah. Yang membuat saya betul-betul terasa marah ialah, kenapa pihak ISTAC memecat Puan Maryam sahaja (kalau ia benar-benar bersalah, dari apa yang dijelaskan olih En. Mustafa, saya rasa tidak.), kenapa tidak dengan Dr. SNA? Adakah disebabkan Puan Maryam seorang wanita atau pun disebabkan Puan Maryam seorang rakyat Jerman atau pun Dr. SNA sendiri yang cemburukan Encik Mustafa kerana berkahwin dengan Puan Maryam? Mungkin juga kot!

Kepada Encik Mustafa, ingin saya beritahu, sekiranya semua saluran tidak mendapat perhatian dengan masaalah Encik Mustafa, ada baiknya kalau Encik Mustafa memfailkan saman terhadap ISTAC atas pemecatan isteri Encik Mustafa itu, adakah ia sah atau tidak?

Tentang si bedebah Dr. SNA tu, sila dapatkan penjelasan dari pihak yang berkenaan, adakah ia boleh diambil tindakan dengan ajaran yang dipraktikkan di Malaysia? Jika boleh, ambil tindakan mahkamah beserta dengan kakitangan ISTAC yang melindungi Dr. SNA, penjarakan mereka, agar dapat mereka rasai, bagaimana rasanya duduk dipenjara Malaysia, lebih-lebih lagi Dr. SNA tu. Cari peguam yang best best. MALAYSIA BOLEH.

Oh ya! Tentang pedang samurai tu, dia ingat dia ninja ke? Macam la dia tu ninja, ninja tu pun, kalau dia orang buat salah, dia orang ambil pisau kecil yang terselit di pinggang, dia orang "rodok" perut sendiri untuk tebus malu.

SYABAS ENCIK MUSTAFA, diatas keberanian Encik Mustafa mendedahkan perkara tersebut, minta-mintalah pihak yang berwajib mengambil tindakan yang perlu.

Sekian, terima kasih. Semoga berjumpa dilain masa, jika berkesempatan, diharap, pihak MARUAH dapat menyampaikan salam saya kepada Encik Mustafa dan Puan Maryam bagi pihak isteri dan keluarga saya di Ampang.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Zulkifli bin Haji Nuruddin

 

Jawapan dari MARUAH:

Ass sdr Zulkifli,
Bagi pihak pn. Mirja sekeluarga, Maruah mengucapkan ribuan terima kasih atas respones dan simpati saudara. Semoga simpati kita ini diberkati Allah dan akhirnya pihak yg bersalah akan dibalas oleh Allah di dunia dan di akhirat. Kami yakin kebatilan sekalipun didokong oleh jutaan manusia akhirnya akan musnah kerana kebenaran akan tetap dinaungi Allah. Apakah ada kuasa yg lebih hebat dari kuasa Allah..... Allahuakbar...
Tk
maruah..

kembali ke laman utama