Documen Penting |
Surat Kepada
ISTAC
|
Mustapa Mansor bin Amer Mohd Isa, 4 hb. Julai 2002 Direktor Pengasas ISTAC, Tuan; Merujuk perkara di atas dan surat dari pihak tuan bertarikh 4hb. Julai 2002, saya sebagai suami beliau ingin mendapatkan penjelasan yang terperinci berkaitan perkara di atas. Sejak dari awal lagi masalah ini didedahkan, pihak ISTAC tidak serius untuk mencari penyelesaian antara kedua belah pihak. Akhirnya pelajar dipersalahkan dan menanggung segala risiko setelah beliau dengan jujur membuat pengakuan di depan pihak tuan. 2. Saya amat terkejut dengan tindakan pihak tuan yang saya kira tidak adil dan terlalu keterlaluan dalam menanggapi beberapa masalah yang timbul sejak dari bulan Februari 2002. Surat terakhir saya bertarikh 16hb. Jun 2002 kepada pihak tuan berkaitan gelagat pensyarah warga asing yang melampau dan beberapa surat sebelum ini adalah tanda komitmen saya atas kepentingan imej ISTAC di mata masyarakat. Sekiranya teguran langsung dari saya dinilai sebagai suatu ugutan kepada pihak tuan maka pemberhentian isteri saya sebagai pelajar di ISTAC adalah sesuatu yang telah saya jangkakan. 3. Saya sedar akan kesalahan isteri saya, tetapi apakah suatu yang wajar sekiranya hak beliau menuntut kebenaran dan cuba membersihkan maruahnya dari tohmahan pensyarah warga asing itu dinafikan? Apakah ini boleh dita'rif sebagai menghilangkan suasana harmoni di ISTAC? Apakah pengaruh syiah sesat yang telah ditanam oleh pensyarah tersebut didedahkan ke pihak Jawi, JPM, Kementerian Pendidikan dan Polis dianggap sebagai perkara yang akan menjatuhkan imej ISTAC? Saya dengan fakta dan bukti-bukti kukuh yang ada akan terus mendesak semua pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kesesatan ajaran syiah yang telah dilakukan oleh pensyarah berkenaan di ISTAC. Perhatian dari pihak tuan saya ucapkan terima kasih. Sekian.Wasalam. Yang benar, Mustapa Mansor bin Amer Mohd Isa.s.k Y.B Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin. |
kembali ke laman utama |