Make your own free website on Tripod.com
Dari bilik editor
Email dari Mustapa
(27 Ogos 2002)
 

Kami baru saja terima email dari Encik Mustapa Mansor, suami Puan Maryam berkenaan beberapa maklumat baru yang beliau perolehi dari beberapa pihak. Di atas permintaannya, di sini kami paparkan kandungan email tersebut.

Webmaster MARUAH


Ass bro,
Jazakallah atas update laman kita. Alhamdulillah semalam dan tadi pagi ada berita yang mesti kita muatkan di laman iaitu :

1. Pihak maruah terima sms dari setiausaha sulit Menteri di JPM iaitu isu ajaran sesat Syiah ini telah pun dibawa ke kabinet.

2. Tadi pagi juga ana dan isteri telah diambil statement di depan salah seorang pegawai Jawi. Kami juga dapat info bahawa waran minta hadir bertemu pegawai Jawi tidak diendahkan oleh pensyarah tersebut setelah diserahkan kepada beliau sejak 3 minggu lalu. Ini tanda beliau amat takut dan biadab dengan pihak berkuasa di Malaysia. Pihak Jawi juga telah mengeluarkan surat minta hadir beberapa saksi bagi kes ini untuk dibawa ke mahkamah. Kepada pihak yang menerima surat tersebut, maruah memohon agar mereka dapat memberi kerjasama dan kita mengucapkan ribuan terima kasih.

3. Semalam ana bertemu dengan pihak imigresen. Mereka juga telah menjalankan siasatan terperinci ke atas pensyarah berkenaan.

4. Semalam juga ana telah membuat temujanji untuk bertemu Timbalan Menteri Pendidikan pada minggu depan bagi mendesak isu ini.

5. Isteri ana juga telah melantik peguam iaitu Hanipa Maidin & Associates untuk memanjangkan kes pemberhentian tidak sah oleh ISTAC ini ke mahkamah.

6. Beberapa pihak dari persatuan penduduk berdekatan dan beberapa pihak ngo juga telah memberi respones untuk support tindakan penyerahan memorandum ke pihak yang berkenaan. Tarikh belum dapat ditentukan.

Ana berdoa agar semakin hari kesedaran semakin meningkat dan akhirnya kebenaran akan menang. Amin. Tolong ya syeh ke lamankan berita terkini ini.

mmkl

kembali ke laman utama